Sejak zaman lampau lagi, cordyceps sinensis dianggap sebagai
anugerah ajaib atau penawar untuk semua penyakit dan ia disediakan khusus untuk
Maharaja Cina sahaja kerana herba yang sangat mahal ini hanya boleh dituai dari habitat semula
jadinya di altitud yang tinggi.
Namun demikian, kemajuan teknologi dalam perubatan moden dan
penemuan teknologi terkini hasil sumbangan kajian bioteknologi yang ekstensif
telah membolehkan herba 'ajaib' ini tersedia untuk semua lapisan masyarakat.
Walau bagaimanapun, apabila dunia moden mula mempraktikkan proses replikasi
cordyceps sinensis, ramai yang terfikir tentang kemungkinan berlakunya
kesan-kesan sampingan akibat pengambilan herba yang ditanam secara tiruan ini.
Penanaman stroma cordyceps secara tiruan berjaya dihasilkan
oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut
Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze.
Secara ringkasnya, universiti tersebut telah menemui kaedah
terbaik bagi mencipta persekitaran ideal untuk pertumbuhan 'semula jadi'
cordyceps sinensis aseksual, dengan mengguna pakai proses yang sesuai dan tepat
untuk memperoleh ekstrak dan nutrien yang sama seperti yang terkandung di dalam
cordyceps sinensis liar.
Penyelidikan dan kajian saintifik selama bertahun-tahun
lamanya telah membuktikan bahawa ciri dan komponen nutrisi cordyceps sinensis
kultur adalah sama seperti, atau lebih tinggi daripada, cordyceps sinensis
liar. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa ia boleh dibiak untuk
menghasilkan spora cordyceps sinensis berkualiti tinggi.
Proses penanaman melibatkan replikasi persekitaran yang
sesuai untuk pertumbuhan cordyceps sinensis. Tiada langsung sisa aditif mahupun
pengawet dapat dikesan dalam stroma cordyceps sinensis kultur tiruan. Seperti
spesis liar, cordyceps sinensis kultur tidak mencetuskan sebarang kesan
sampingan yang toksik atau memudaratkan. Walau bagaimanapun, pelbagai kajian
berjaya menunjukkan bahawa ia mudah diserap oleh tubuh manusia bagi membolehkan
elemen 'ajaib'nya memberi kesan yang lebih cepat dan lebih berkesan.
Hari ini, daripada jumlah anggaran 300 spesis cordyceps yang
diedarkan di seluruh dunia, hampir 60 spesis cordyceps sinensis liar berasal
dari China sahaja. Spesis yang memiliki nilai perubatan paling tinggi ialah
cordyceps sinensis dan cordyceps militaris.