Lebih seribu tahun dahulu, ketika masyarakat Yung, iaitu
gembala Tibet, pertama kali menemui cordyceps di kawasan tanah tinggi wilayah
tersebut, mereka menyangka bahawa ia adalah sejenis rumput. Mereka mula
berminat apabila melihat haiwan ternak yang meragut cendawan kecil seperti
rumput itu menjadi lebih bertenaga dan cergas. Malah, lembu-lembu tua juga
kelihatan semakin sihat dan aktif. Pengembala tersebut mula menuai cendawan
tersebut untuk dimakan dan tidak lama kemudian mendapati bahawa ia juga mampu
memberikan manfaat yang sama terhadap manusia.
Sejak itu, kebaikan herba yang menakjubkan ini mula tersebar
luas. Pakar-pakar herba Cina adalah di antara mereka yang paling awal
menggunakan cordyceps untuk merawat pelbagai masalah kesihatan manusia. Walau
bagaimanapun, herba ini sangat jarang ditemui dan faktor tersebut menjadi
halangan utama yang menyebabkan anugerah alam ini hanya terhad untuk golongan
masyarakat elit.
Cordyceps sinensis tumbuh liar di Dataran Tinggi Tibet,
lebih kurang 15,000 kaki di atas paras laut. Tahap oksigen yang rendah, iklim
yang melampau dan persekitaran yang tandus membenarkan hanya beberapa spesis
yang paling kuat dan paling sihat untuk membiak dan hidup. Spesis-spesis ini
lazimnya boleh menyesuaikan diri dengan amat mudah kerana ia berjaya menjana
ketahanan yang kukuh terhadap elemen-elemen yang keterlaluan itu. Oleh yang
demikian, cordyceps yang dituai di persekitaran yang lebih melampau dianggap
memiliki kualiti yang lebih tinggi berbanding jenis lain.
Penuai cordyceps menganggap cendawan tersebut sebagai
"eliksir kehidupan" dan bernilai "lebih daripada emas".
Sepanjang musim penuaiannya yang singkat iaitu 4 minggu di antara Mei dan Jun,
pencari yang mahir hanya mampu memperoleh tidak lebih daripada 10 cendawan
cordyceps setiap hari. Penuaian tahunan cendawan cordyceps gred tertinggi di
seluruh dunia jarang mencecah 660 paun, menjadikannya sebagai salah satu
cendawan paling jarang ditemui dan paling berharga di dunia. Persekitaran di
mana cendawan tersebut ditemui dan nilainya yang tinggi menjadi sebab utama
kenapa cordyceps sinensis disajikan khusus untuk kerabat di raja Cina sahaja.
Pada abad kedua B.C., Maharaja Cina yang pertama telah
memilih cordyceps sebagai tonik harian utama untuk memanjangkan hayatnya.
Jelitawan lagenda Cina, Yang Kue-fei (701-756A.D), juga mengambil cordyceps
dengan kerap dan berpendapat bahawa cendawan tersebut adalah faktor penting
yang membantu beliau mengekalkan kecantikannya. Sejarah penggunaan cordyceps
sebagai herba antipenuaan dalam perubatan tradisional Cina bermula seawal tahun
1700BC. Semasa Dinasti Chin di China, seorang maharaja dikatakan sanggup
membayar satu auns emas untuk bekalan kulat berharga ini bekalan tiga hari.
Cendekiawan Tibet menulis butiran terperinci mengenai cordyceps dalam teks
kurun ke-15 dan ke-18. Cordyceps mula diperkenalkan ke Eropah pada tahun 1726
di sebuah perjumpaan saintifik.
Cordyceps sinensis asli mengambil masa lebih kurang enam
tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya dan oleh yang demikian, produk semula
jadi ini dianggap sungguh istimewa. Disebabkan cordyceps asli amat jarang
ditemui dan harganya yang tinggi, para penyelidik dan saintis telah lama
mengkaji kaedah untuk membiakkan cendawan ini dalam persekitaran yang lebih
mudah disediakan. Sehinggalah penemuan perubatan terbaru oleh Pusat
Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan
Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze yang menjumpai cara terbaik
untuk menanam dan membiak stroma cordyceps sinensis segar secara tiruan,
baharulah perkembangan produk berunsurkan cordyceps sinensis berjaya
dilaksanakan.
Walaupun pengilang lain mungkin memilih untuk menggunakan
cendawan gred rendah yang lebih mudah dituai, hanya cordyceps sinensis gred
tinggi yang terpilih akan dikembangkan dan dikulturkan dengan teliti oleh Pusat
Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan
Universiti Tsinghu, iaitu rakan usahasama AHB dalam suplemen pemakanan kami.