Tuesday, 1 January 2013

Apakah cordyceps sinensis


Perubatan tradisional Cina memanfaatkan pelbagai jenis produk semula jadi untuk merawat penyakit, dan antara yang utama ialah cordyceps sinensis.

Cordyceps sinensis, yang dikenali sebagai kulat beluncas Cina oleh masyarakat umum, ialah sejenis tumbuhan dari keluarga ergot. Di China, herba yang sangat jarang ditemui ini dikenali sebagai dong chong xia chao (Cacing Musim Sejuk, Rumput Musim Panas). Ia juga dikenali sebagai Aweto di China dan Tibet, dan sebagai Yarchagumba di Tibet. Oleh kerana ia tergolong di dalam kategori kulat, nutrien dan bahan-bahan aktif di dalam cordyceps memiliki ciri-ciri farmakologi yang berkait rapat dengan hampir setiap sistem di dalam tubuh manusia.

Cordyceps sinensis merupakan tumbuhan asli pergunungan China tenggara yang ditemui pada altitud melebihi 2000 meter sahaja. Spora cordyceps sinensis diterbangkan oleh angin selepas ia matang pada hujung musim luruh. Ia menjangkiti dan memakan larva Hepialidae secara perlahan-lahan bersama akar tumbuh-tumbuhan. Kulat cordyceps sinensis menyerap nutrien dan tisu-tisu lembut dalam larva sehingga ia mencapai kematangan. Lama-kelamaan, larva tersebut akan mati dan di tempatnya akan tumbuh stroma berwarna perang kehitaman yang keluar daripada kepala larva. Stroma yang panjang dan lazimnya lonjong ini boleh mencecah 3-5 sm. Cordyceps sinensis mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya. Oleh yang demikian, cordyceps sinensis asli amat jarang ditemui dan sangat mahal harganya.
Sebagai herba tradisional bernilai tinggi dalam herbologi perubatan Cina, pengamal perubatan purba percaya bahawa ia merupakan penawar berkuasa untuk semua jenis penyakit. Walau bagaimanapun, selama berkurun lamanya, cordyceps hanya dikhaskan untuk kerabat Maharaja kerana ia sukar didapati dan dijual dengan harga yang sangat tinggi. Cordyceps sinensis sentiasa dianggap sebagai bahan yang istimewa dalam budaya Cina.

Dengan kemajuan moden dan evolusi teknologi, Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze telah membuat penemuan terkini dalam bidang perubatan apabila mereka berjaya menghasilkan penanaman dan pembiakan tiruan stroma cordyceps sinensis segar.


Cordyceps kini boleh didapati dengan mudah di pasaran. Ia tersedia dalam pelbagai jenis dan sesuai untuk mereka yang ingin mempertingkatkan dan menikmati kualiti kesihatan dan kehidupan yang lebih memuaskan.